Friday 26 July 2013

Kelantan

Kehidupan ini bukanlah mudah seperti yang disangka banyak ujian dan dugaan yang perlu ditempuhi. Contoh-contoh yang paling mudah ialah apabila kita kematian sanak saudara, berlaku kemalngan,berlau rompakan,kecurian dan macam-macam lagi. Huh rasa sedih dan hiba bila kene benda-benda macam ni. Rasa macam nak menjerit sekuat hati bila kne uijian2 sebegini, tujuannya adalah untuk melepaskan tension.Masa ni lah perasaan marah naik meluap2 rasa macam nak marah semua orang yang ada,bukan mudah untuk kita bersabar dan bukan mudah ketika tension dan stress nak ingat ayat al-quran tentang ganjaran orang yang bersabar, tapi itulah relaiti yang berlaku.



Ujian yang pertama 14 Mei 2013, Hari Jumaat ku bertolak ke kelantan pada pukul 11 pg dengan kawan-kawan sebab nak menghadiri majlis perkahwinan kawan disana, disamping itu nak melawat atuk dan Pak long sebelah mak yang telah menetap disana hampir setahun.Dah lama rasanya tidak berjumpa dengan mereka, adalah dalam setahun gak. Itu yang berazam untuk melawat mereka pada kali ini. Sebelum perjalanan kami berpakat untuk menggunakan Jalan Gerik unuk ke Machang. Bila semak pada "map" jauh la pulak, lebih kurang 100km beza kalau ikut gua musang, tapi sebab kami mendapat berita bahawa pada masa tersebut jammm teruk di Jalan ke Gua Musang, nak tak nak terpaksalah kami menggunakan Jalan Gerik. Kalau nak ikut Jalan Gerik mesti ikut Highway Utara Selatan dan keluar di persimpangan Kuala Kangsar, tapi tak sangka pulak Highway ke Utara jamm jugak. Huh, hati ini mengeluh " Kalau sini pun jamm lebih baik ikut sana jek (Gua Musang)", tapi nak buat macam mana sebab masa tuh dah kat atas highway dan tak boleh pusing balik dah. Kereta Myvi yang kami naiki merangkak-rangka lah macam kura-kura di Highway, tapi ku selalu memujuk hati ini supaya terus bersabar walaupun rasa kemarahan terus meluap-luap. Setelah beberapa km kami bergerak akhirnya kami menemui punca berlakunya "jammm". rupa-rupanya hanya sebab ada kemalangan di tepi jalan "jamm" panjang. mungkin ramai yang nak tengok apa yang berlaku, jadi tu yang ramai perlahankan kereta dan hasilnya kesesakan hingga berkilometer panjang !!!!. Kadanag-kadang terfikir gak, mereka yang nak tengok ni tak de perasaan ke kat orang lain. Hmm entahlah, itulah yang mampu ku katakan dalam hati sabar je lah. Itulah ujian yang peratama tapi tak de lah nampak hardcore, macam biasa jek.



Ujian yang kedua 16 Mei 2013, Hari ahad. Masa tuh nak balik dari Kota Baru Kelantan ke Kajang. Ticket bas dah di beli oleh ayah dua hari sebelum untuk memudahkan perjalananku. Kebetulan masa tuh satu family melawat family Pak Long dan Atuk di Kelantan jadi ayah lah yang mengahntar ku ke stesen bas dalam pukul 9 pagi sebab bas bertolak dalam pukul 9.30 pagi, lokasinya dekat dengan tesco dan tempat tu memang agak terpencil sikit. Lepas ayah dah hantar, dia pun balik lah sebab masa tuh dia pun nak balik Kajang. Jadi aku pun tunggulah bas untuk bertolak balik. Tunggu punya tunggu dalam pukul 9.40 pagi, tak jugak pemandu bas panggil penumpang untuk masuk. Jadi aku pun pelik kenapa ni?, rupa-rupanya bila pergi kat belakang bas, laaa rosak rupanya. Pastu tanya lah kepada mekanik sebab apa rosak, dia kata tali sawat dah tak bape nak elok boleh putus katanya. "Kalau putus tengah jalan masak ni" detis ku dalam hati. Menurutnya dia sedang tunggu tali sawat yang baru tu yang kene tunggu. Huh, ku gosok dadaku supaya bersabar. Teringat ayat Allah yang mengatakan " Allah bersama-sama orang yang sabar ". Mungkin kali ini Allah nak uji aku agaknya.Agak lama jugaklah tunggu di stesen bas.



Nak dijadikan cerita jam 10.30 pagi pun tak siap lagi, jadi aku pun ambil kesempatan ni nak ke toilet kejaplah sebab rasa macam nak buang air kecil. Tapi lepas buang air kecil , aku perasan yang bas dah pergi, rasa macam tak percaya dengan apa yang ku lihat. Rasa sedih, marah, tension dan macam-macam lagi perasaan yang ada. Kemudian aku pun pergi lah ke kaunter ticket untuk bertanyalah samada bas boleh patah balik ke atau tidak. Akak yang jaga kaunter tu kata tak boleh, yang boleh kalau mintak bas tunggu. Tapi aku pusing pandangan ke sekeliling untuk melihat sama ada teksi ada ke tidak. Pandangan ku menyebabkan ku rasa hampa, kerana yang ada hanyalah bas-bas yang menunggu penumpang dan juga sedikit rumah-rumah kedai. "Huh cmne nie", getus dalam hatiku. Aku pun capailah telefon bimbit nak call mak mana lah tau mak aku tidak bertolak lagi ke. Tapi alangkah kecewanya aku bila sedar aku dah kne bar, tak boleh nak call sesiapa. Tak dapat nak gambarkan perasaan cmne. Dah lah kene tinggal dengan bas lepas tuh phone pulak kne bar. Dalam hati ku merintih sendirian " Astaghfirullah al-azim, mungkin aku ada buat silap kut". Itulah yang mampu ku katakan dalam hati. Rasa macam kecewa sangat. Hatiku berbicara lagi " Esok nak kerja, tak kan nak duduk sini je. Nak pergi rumah Pak Long pun tak tahu jalan, tak kan nak tidur sini malam ni".



Jadi benda pertama yang aku kne setel dulu adalah bayar bil telefon dulu. Nasiblah masa tuh gaji awal sebab kebiasannya gaji lewat dan aku tak tinggalkan duit yang banyak dalam account bank sebab takut boros. Jadi aku pun pergi lah ke ATM Machine di Tesco yang berhampiran semata-mata nak cari ATM sebab duit dah kosong dalam dompet ni. Bila aku sampai di ATM Machine, duit dalam ATM Machine pulak habis. Rasa geram dan marah gila. Huh cmne nie bertimpa-timpa ujian yang ku hadapai. Tapi aku cuba untuk membaca ayat seribu dinar yang telah mak ajarkan ketika menghadapai kesusahan. Jadi sambil aku cuba mencari-cari machine ATM, mulutku kumat kamit membaca doa tersebut supaya dapat menenangkan perasaanku yang sedang marah....


 bersambung........