Friday 26 August 2011

Ramadhan


Nie adalah sebahagian dari tazkirah2 yg sempat dikumpulkan masa solat kat masjid uniten....bukanlah diri ini yg terbek nak nasihat2 org tapi sebagai renungan kite bersama untuk berubah....tazkirah x lengkap sbb kadang solat kat tmpt len so x dapat la nak kumpulkan sume sekali....

MALAM KE-10

kematian itu boleh diibaratkan oleh seseorang yang dikejar singa ditengah padang pasir...kemudian dia terjatuh kedalam sebuah perigi yang dalam...nasib baik tersangkut pada dahan yang dipenuhi dengan buah-buahan...lalu dia dapat menikmati makanan tesebut dgn besnye...tapi alangkah terkejutnya apabila dia ternampak ular yang besar dibawah perigi tambahan pula dahan tersebut digigit oleh 2 ekor tikus (satu tikus hitam dan satu tikus putih) dan kat atas pulak singa sedang menunngu....die tahu lamabat laun pasti akan jatuh juga dan bakal dimakan oleh ular besar itu....tikus hitam dan putih melambangkan siang dan malam, buah-buahan melambangkan nikmat dunia yang sementara ini dan kehidupan diibaratkan kite sedang duduk di ranting yang dimakan oleh 2 ekor tikus....thats a meaning of life!!!


Tahukah anda 5 bonus ramadhan 

Abu hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud
"Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu:
  1. bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi disisi Allah.
  2. Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga berbuka
  3. Allah memperindahkan syurganya setiap hari dengan berfirman:"hampir-hampir hambaku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu"(mereka sanggup bersusah payah demi kebahagiaan dunia dan akhirat)
  4. syaitan-syaitan dibelnggu,tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain ramadhan
  5. Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurankan pahala amalan merekastelah selesai mengerjakannya).Mengenai bonus kelima ini sahabat bertanya kepada Rasulullah ..."ya Rasulullah ,apakah itu berlaku di malam lailatulqadr?"..Baginda menjawab.."Bukan ,tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya sesuai dalam sesuai dalam menyelesaikan amalannya." (riwayat Ahmad).


malam ke 11

"manusia yang merasakan kesempurnaan dalam diri maka dia adalah manusia yang paling tidak sempurna manakala manusia yang merasakan tidak sempurna dialah yang paling sempurna"

satu kata-kata yang membrikan perangsang untuk kite sama-sama mengingatkan kembali diri kita  betapa pentingnya sifat tawadhu dalam setiap mu'min  supaya segala amalan diterima Allah....keadaan ini juga boleh dibuat dengan satu perumpamaan iaitu

"Seseorang yang meninggi diri melakukan amal soleh lebih hina dari org yang merasa hina disisi Allah kerana melakukan dosa2 kecil"

Disebutkan satu kisah di zaman Nabi Muhammad S.A.W, suatu ketika bilal bin Rabah telah terpijak kain yang dipakai oleh Abu Za,r dengan marah Abu Dzhar terus mengatakan kepada Bilal "Wahai anak hitam"...Rasulullah yang pada ketika itu mendengar perkara tersebut  terus mengatakan kepada Abu Dzar "Sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sifat-sifat jahiliah"....Abu Dzar yang mendegar nasihat Nabi S.A.W dengan serta merta beliau meminta maaf seraya meletakkan kepala diatas lantai dan meminta BIlal untuk memijak kepala beliau kerana ingin menebus kembali dosa ynag dilakukan oleh beliau...insyallah ada kisah dan pengajaran yang dapat diambil dari satu kisah ini wassalam...

malam ke-12

Diberitakan ada seorang perempuan yang banyak amalannya iaitu melakukan qiam dimalam hari dan berpuasa di siang hari tetapi seringkali beliau selalu menyakiti jiran tetangganya....bile nabi mendengarnya nabi mengatakan yg tempat perempuan tersebut adalah di neraka kerana amalannya yang menyakiti jiran2

so nak kata lah kata-kata tu umpama pedang silap langkah ia boleh merobek hati dan maruah seorang manusia....so as muslim kene lah jaga kata2 (nak ingatkan diri sndiri jugak la) insyallah same2 kite berubah ye

sebelum tu ade satu dalil yg merupakan satu  pesanan dan ancaman oleth Allah kepada sume org mu'min

"Wahai orang2 beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain.Apakah ada diantara kamu yang suka makan daging saudaranya yang sudah mati ?.Tentu kamu merasa jijik.Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah maha penerima taubat,maha penyayang.
[Surah Al-Hujurat,ayat 12

MALAM KE-13

Tersebeut satu kisah dizaman pemerintahan Saidina Umar....Beliau nie mmg jenis suke meronda2 waktu malam ....mse tgh ronda2 tu ternampak lah seorang perempuan dgn anak2 nya...anaknye menangis sbb kelaparan...oleh sbb nak pujuk mereka nie maka si ibu nie tadi pun masak la batu...kerana x mampu membeli ape2 makanan....Saidaina Umar yg pada ketika memerhatikan sendiri kejadian tersebut merasa terpanggil untuk menolong perempuan tersebut....Beliau pun terus berjalan ke baitul mal dan mengambil seguni gandum untuk diberikan kepada si ibu dan anak nya tadi....mase nak pikul tu pemabantunya offer diri untuk menghantar barang tersebut....tapi ape kate saidina Umar ..."Bukan bahu kamu yang memikul tanggung jawab nie diakhirat ,tetapi bahu aku yang memikulnya" maksudnya beliau dengan sikap tanggung jawab sebagai ketua menolong sendiri rakyatnya yang masih kelaparan....lihatlah betapa hebatnya peribadi yang ditunjukkan oleh beliau....persoalannya ade ke pemimpin camni ??? hanye Allah sje yg tahu...
pernah satu ketika Saidina Umar berkata "Andaikata ade keldai yang mati disempadan negeri disebabkan keadaan jalan yang tidak elok maka aku yang dipertanggung jawabkan" .....wassalam

MALAM KE-15
Tersebut satu kisah di suatu perang antara org islam ngn kafir musyrikin mse tuh ade pertembungan satu lawan satu antara Saidina Ali  dgn seorang kafir musyrikin....mse tuh beliau da berjaya menjatuhkan pedang lawan... pastu beliau nak tetak org kafir tu da tapi belum sempat beliau nak tikam, org quraisy tersebut telah meludah kearahnya lalu menyebabkan beliau tidak jadi bunuh....pastu sahabat2 pun bertanya lah kepada saidina Ali kenapa x jadi bunuh ???dan Beliau menjawab yang pada mulanya beliau nak bunuh org kafir tu kerana Allah, tapi bile je kne ludah niat dah jadi lain disebabkan marah so sebab tu beliau tidak jadi bunuh....ade dua point penting dalam kisah ini iaitu pentingnya mnjaga marah dan juga perlu mengikhlaskan niat kerana Allah......." Kekuatan manusia itu bukan terletak pada kepahlwanan atau kesasasaan seseorang tetapi bergantung kepda samaada seseorang itu boleh mengawal kemarahan"....semoga sama2 kite dapat amek iktibar...wassalam

MALAM KE-16

  1. JOm start dari malam yg ke-16 nie hingga lah yg terakhir ramdhan nie jom same2 tingkatkan amal kite....diamana seperti yg sedia kite maklum dalam bulan ramadhan ini dikurniakan satu malam yg dinamakan mlm lailatul qadr iaitu malam yang kelebihannya same dengan 1000 bulan seperti dalam surah Al-Qadr ayat 3 yang bermaksud "malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan"....rugi lah kan klu x amik peluang cmni ......so nak bagi semngt kat diri masing2 klu kite bayangkan yg kelebihan tu kite bayangkan macam gaji la kowt ( ganjaran tu lebih hebat dari gaji just nak bagi semngat kat kite nak beribadah kat Allah).....
  2. Solat tarawih merupakan satu kelebihan dalam bulan ramdahan kan ...so nak simpulkan sini zaman Rasulullah tarawaih buat 8 je kan tapi mse zaman saidina umar tarawih buat 20 ....jadi bidah la kan tapi bidah yang dibenarkan cume mase zaman Rasul tu buat sikit sebab nak bagi tau kat org islam mase tuh yg ibadah tarawih nie bukan lah ibadah wajib ...so x yah lah duk gadoh2 pasal bilangan rakaat nie...bnda kecik je...sape nak wat lebih terpulanglah sape nak wat byk pun terpulanglah....ade satu kisah nie mse zaman Imam Hassan Al-Banna mse tu org duk gado2 pasal biilangan rakaat 8 ngn 20 pastu ape kate Hassan Al-Banna ...lebih baik kite tutup je masjid nie sebab solat tarawih tu sunnat je tapi gadoh tu haram kan" x yah wat lah klu camtu...so as muslim kne lah berlapang dada....bukan sahja pasal isu nie je tapi isu lain yg kecik2 pun same gak....insyallah....wassalam
MALAM KE-17

Iaitu malam yg diturunkan Al-quran (Nuzul-Al-Quran).....dalam bulan ramdahan jugak diceritakan terjadinya perang Badar antara kaum muslimin dan juga musyrikin Mekah...Rasul dan kaum muslimin telah keluar dari madinah untuk menghalang rombongan dagang yang diketuai oleh Abu Sufyan yang telah menjual harta-harta org islam Mekah nie...masa nie Abu Sufyan nak balik ke Mekah, maybe oleh krn die telah menerima kabar yg Rasul datang untuk  menghalang perjalanannya maka dia telah menggunakan jalan lain bagi mengelak dari terjumpa dgn org muslimin...Ini lah punca utama yg berlakunya perang Badar...Inilah peperangan yg paling awal dalam kalendar islam dan dalam perang ini Rasulullah telah berdoa kepada Allah dengan membawa erti (ayat lebih kurang cmni la) "Andaikata tentera muslimin kalah pada hari ini maka tidak akan ada lagi org yang akan menyembahmu lagi selepas ini"...Maka golongan yg menyertai peperangan ini adalah golongan yg beruntung...
  Dalam bulan Ramdhan juga berlaku pembukaan kota Mekah,Penaklukan Masjidil Aqsa di Palestin oleh Salehudin Al-Ayubi dan juga penaklukan semenanjung sinai dari Israel....bulan ramadhan merupakan bulan yg dipenuhi dgn pelbagai keistimewaan maka ambillah peluang untuk beramal dibulan ini...wassalam

MAlAM KE-23

Pada malam ini tazkirah merujuk kepada pendekatan sebenar dalam berdakwah kepada org islam dan juga non-muslim...satu kisah yg telah diceritakan bagaimana sikap Rasulullah terhadap non-muslim.......satu hari mase Rasulullah berjalan, baginda ternampak seoarang tua sedang memikul barang-barang yang banyak...melihat keadaan tersebut Rasulullah pun menolong menolong org tua tersebut memikul barang2 tersebut ke suatu kawasan...bile sampai je tmpt yang dituju org tua tersebut bertanyakan kpd Rasulullah "Adakah engkau kenal Muhammad..klu engkau mengenalinya jgnlah mempercayainya kata2nya kerana die telah memecahbelahkan masyarakat arab dengan agama barunye itu"....kemudian Rasulullah terus menjawab "aku lah Muhammad"....terkejut org tua tersebut dengan serta merta dia mengucapkan syahadah dan memeluk islam...kisah ini banyak memberikan pelajaran yg berguna buat kita...adakah kita memberikan contoh dan teladan yg baik kepada non-muslim...same2 lah kite fikirkan... ...dawah yg efficient x semestinye perlu untuk berdebat panjang meleret-leret cukuplah dengan menunjukkan akhlak yang bek...insyallah..


MALAM KE 24 & 25

Sejak akhir-akhir nie byk betul isu yg menjadi perdebatan bukan sahaja antara org non-muslim dan muslim tapi antara islam dan islam....puncanya adalah selalunye berlaku percanggahan pendapat...persoalannya perlukah kita untuk berdebat dan berdebat ant sesama muslim bnda yg remeh-temeh?? x perlukan...kan2 tapi itulah realiti2...masing2 cube untuk menegakkan benang yang basah...kononnya juara dalam berdebat...inikah yang diakatakan mengikut sunnah nabi??...jom kita same2 tgk antara contoh2 khilaf yg berlaku dizaman sahabat2 dan juga tabien...hmm...

cite yg pertama mse nabi hantar tentera muslim untuk ke memerangi bani Quraizah (iaitu salah satu puak2 yahudi)...sebelum tentera muslim bertolak ke Quraizah (nama tempat), baginda mengingatkan kpd tentera muslimin .." wahai org islam jgn kamu solat asar sehingga kamu sampai ke quraizah" ...so tntera muslimin pun bertolak lah than sebelum sampai ketempat yg dituju kebetulan waktu asar da masuk ,oleh sebab tersebut ada sebahagian sahabat yang merasakan jika nak solat asar mse sampai kat quraizah tu waktu asar da abis sedangkan asar dan maghrib tidak boleh disatukan...manakala sebahagian sahabat pula ada yang tidak solat asar sehinggalah sampai di Quraizah....disini terdapat perbezaan pendapat ...tetapi mereka tetap menghormati pendapat masing2...bile diorang sampai di madinah kembali,mereka bertanya kepada RAsulullah ttg hal tersebut lalu Rasulullah mengiayakan kedua2 pendapat tersebut...

story yg kedua mase tentera islam dalam perjalanan nak pergi perang, oleh kerana berlaku dalam bulan Ramadhan maka ada sebahagian tentera muslimin dan sahabat yang berbuka manakala sebhgn lagi masih berpuasa...mase tuh kedua2 pihak menghormati pandangan antara satu sama lain..tidak berlaku perdebatan or konflik dan bnda2 yg x dingini...

ade satu kisah mase zaman tabien....Imam syafie travel ke Iraq dari Madinah.....besenya beliau akan baca doa qunut mase solat subuh di madinah....tapi bile beliau solat subuh di Iraq beliau tidak baca doa qunut...lalu pengikutnya bertanye kpdanya knpe x baca doa qunut sedangkan itu merupakan pendapatnya (pendapat imam syafie kne baca qunut tyme solat subuh)...beliau tidak baca doa qunut sbb menghormati makam ini (makam imam hanafi kerana imam hanafi berpendapat tidak perlu untuk mmbaca doa qunut mase solat subuh)...lihatlah betapa beliau sgt menghormati pandanagn para ilmuan lain....x semstinye dua pndapat yg berbeza tu due2 salah....klu zaman skrg nie ,masing2 menidakkan pandangan org lain seolah2 masing 2 fanatik pada kumpulannya sendiri ...sedarlah wahai umat islam berlapang-dada antara kite sume dari bergaduh2 bnda2 yg kecik2...

perumpamaan perhubungan antara seorang manusia dgn manusia yg len adalah seperti sebuah pokok yang penuh dgn buah-buahan...buah2 tu ada la yg busuk dan ada lah yang baik...sebagai seoarng manusia yg bek kite ambillah buah yg bek dan tinggalkan buah yg busuk untuk binatang....maksudnya kita seharusnya melihat kebaikan seseorang dan keburukannya hndaklah disimpan dan dibuang jauh2 agar tidak berlahu perasaan dengki dan dendam antara satu sama lain...krna perasaan inlah yg boleh mnjadi racun yg dapat menghancurkan org islam seluruhnya...